Search

Dak comel manis tumpang lalu lagi sekali.
  • Share this:

Dak comel manis tumpang lalu lagi sekali.

Popia carbonara in the house. Kita tak letak carrot ke mcm org lain. Tak tahu lah jadi ke tak ni. Tapi org kata sedappppp. 😜😜

Eh.

Kita update la resepi bagi semua buat. Ni cara saya tau. Kalau nak follow, silakan. 😍

Bahan-bahan Popia Carbonara 🧀

* 2 biji bawang Holland
* 8 cili api hijau
* 12 ulas bawang putih
* Sepeket sosej yang dihiris serong2
* Ayam cincang (sy pakai RAMLY @ SAUDI) 1 peket
* Kiub pati ayam (1 kiub)
* 2 tin sos carbonara prego (tin biru cair)
* 1 tin sos cheesy prego (tin kuning)
* Susu full cream 1/2 kotak kecik (100ml) -optional
* Sedikit butter untuk menumis
* Serbuk lada hitam (agak2)
* Mixed herbs (wajib) 2 sudu kecik
* Sedikit bancuhan tepung jagung (pekatkan inti)
* Kulit popia (jenama KG pakai yang 40 pcs punya) inti ni boleh dapat banyak popia. Ikot berapa banyak inti anda letak la, anggaran 2 - 3 peket kulit popia
* Garam (kne rasa dlu, sbb sos carbonara dlm tin dah masin)
* Sedikit tepung + air (gam kulit popia)

Cara-cara:
1. Blend bawang, b.putih, cili api (guna air agak2 jgn banyak sgt)
2. Goreng sosej dgn sedikit minyak sehingga agak garing & ketepikan (ini menambahkan tekstur dlm popia)
3. Masakkan ayam cincang dgn sedikit minyak & ketepikan (proses ni cepatkan kita buat inti; air & minyak lebihan proses ni nnt masukkan dlm inti)
4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 blend.
5. Masukkan mixed herbs + lada hitam sedikit
6. Bila bahan tumis dah agak kering dan bau wangi semerbak, masukkan isi ayam. Masukkan dgn semua air & lebihan minyak. Jgn dibuang.
7. Masukkan kiub ayam. Gaul sebati.
8. Masukkan sos prego (semua). Gunakan sedikit air utk goncang tin tadi. Syg kalau dibiarkan lebihan dia. Kita kena berjimat. 🤣. Gaulkan sehingga rata.
9. MasukkAn susu full cream.
10. Setelah mendidih. Masukkan sosej y digoreng tadi
11. Masukkan sedikit air + tepung jagung. Ini utk pastikan inti kita agak pekat. Kalau tak nnt goreng dia meleleh keluar. (Agak2 ye yang ni)
12. Sejukkan inti. Boleh masukkan dlm peti sekejap (inti akan pekat dan mudahkan proses nak menggulung)
13. Isi inti ke atas kulit popia (pakai y 40pcs- besar sikit) . Boleh tambahkan shredded cheddar cheese sejemput / cheese slices (cheese slices 1 keping - dipotong 5) dan gulungkan seperti biasa
14. letakkan bancuhan air + tepung gandum dihujungnya sebagai gam supaya inti tak meleleh semasa digoreng. (INI TIPS!!!)
15. Setelah selesai boleh masukkan sekejap dlm peti & sedia untuk digoreng.

TIPS:
-Gunakan juga sos cheesy PREGO (tin kuning) wajib cuba sbb inti jadi lagi sedap
-Kulit popia guna jenama KG
-Pakai y 40pcs sbb besar dan gulungan akan jadi kemas, inti takkan meleleh
-Guna gam (air + tepung gandum) utk tutup gulungan
-Goreng dlm minyak y mmg panas, tapi api nye slow ye.
-Inti kalau buat banyak @ terlebih boleh simpan dlm freezer. Tahan lama takde masalah. Nnt tinggal beli kulit popia dan gulung aje. Senang & mudah.

-adik manis 🤣🤣

Sumber : almie amira


Tags:

About author
not provided
View all posts